Sisa Pepejal @ Sampah-sarap
Rakyat Malaysia tidak dapat menerima penggunaan insinerator disebabkan oleh informasi negatif yang disebarkan oleh pihak tertentu yang mungkin benar dan mungkin salah. Malangnya kajian lanjut terhadap kesan-kesan penggunaan insinerator tidak pula dilaksanakan secara terperinci. Oleh itu ramai pihak membuat keputusan berdasarkan andaian semata-mata.
Selain insinerator, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh digunapakai bila kita berhadapan dengan sampah. Yang penting kita perlu berusaha menjimatkan sumber alam agar tidak semua bahan buangan dilupuskan. Ciri-ciri sampah di Malaysia yang terdiri daripada 45% sisa organik dan peratusan selebihnya masih boleh digunasemula dan ini membantu kita menjimatkan sumber.
Yang penting sekarang DS Najib, selaku pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai alam sekitar perlu bertindak segera menerusi KPKT untuk mengatasi masalah yang semakin kritikal kini. Jawatan presiden sudah diperolehi, jadi lupakan politik dan tumpukan kepada penyelesaian masalah yang tidak diambil endah oleh "orang" sebelum ini.
Rakyat Malaysia juga harus menukar sikap kerana sampah bukan semata-mata tanggung jawab kerajaan. Kita sepatutnya bersama-sama membantu menanganinya kerana kita hidup di atas bumi yang sama.
Cara terbaik adalah asingkan sampah di rumah kepada 2 beg; 1 untuk sisa makanan dan 1 lagi untuk lain-lain. Itu sudah memadai.
Seperkara lagi buanglah tabiat pengotor seperti:
1. Buang puntung rokok,tisu dsb keluar kenderaan sesuka hati,
2. Buang sampah ke dalam longkang atau sungai (punca banjir kilat),
3. Kencing merata-rata (saya pernah tengok ada mak bapak yang biar anak kencing dalam sinki basuh tangan di KFC),
4. Peniaga pasar malam dan pasar basah yang gemar buang segalanya selepas selesai berniaga.
Monday, November 3, 2008
Subscribe to:
Comments (Atom)