Inilah masalahnya dgn fahaman liberal yang diterajui oleh PKR. Malang sekali PAS yang kononnya memperjuangkan Islam turut bergelumang bersama-sama DAP semata-mata kemaruk kuasa dan semangat yang terlalu membenci UMNO/BN.
Pelbagai fatwa dikemukakan oleh ulamak PAS untuk menghalalkan segala tindakan mereka yang sekian lama dulu mereka sendiri haramkan. Tidakkah ini merupakan satu tindakan yang menghina islam? Apakah kewajaran menghalalkan sesuatu yang pernah diharamkan? Apakah fatwa itu berubah-rubah bentuk disebabkan kepentingan diri. Kenapa begitu rendah sekali mereka letakkan kedudukan fatwa-fatwa mereka.
Jika dulu dikatakan orang melayu menguasai politik dan orang bukan melayu menguasai ekonomi. Kini, nampaknya hampir segalanya di bumi bertuah ini dikuasai orang buklan melayu. PAS masih bermain dengan retorik kafir-mengkafir, PKR dengan keadilan dan kesamarataan dan melayu DAP dengan semangat Malaysian Malaysianya.
Masalahnya sekarang, bila ini berlaku, ia sebenarnya memberikan impak negatif terhadap tahap sosio-politik-ekonomi orang melayu sendiri. Ketaksuban penyokong melayu PR terhadap pemimpin mereka sebenarnya merosakkan kesinambungan berpolitik, perpaduan dan peluang bersaing dalam ekonomi sesama bangsanya.
Mereka lebih cenderung mempersalahkan orang lain semata-mata kesilapan dan kealpaan pemimpin mereka bertindak. Mereka juga sanggup menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata memperjuangkan cita-cita politik. Bak kata perpatah, menang sorak kampung tergadai.
Lihat saja perlakuan pemimpin melayu-islam-wanita PR yang sanggup mempertahankan Elizabeth Wong berhabis-habisan sedangkan rakyat sebenarnya melihat isu ini sebagai satu masalah moral dan keruntuhan akhlak golongan yang memimpin. Apakah ini dinamakan kemajuan dalam pemikiran?
Jika dibandingkan perlakuan golongan bukan melayu yang menyokong PR. Mereka tidak sekali-kali mendedahkan kepentingan kaum mereka kepada ancaman atau sebarang keadaan yang menggugat kesinambungan perjuangan bangsa secara menyeluruh.
Apa saja tindakan yang dilakukan pastinya memberikan keuntungan kepada bangsa mereka sendiri walaupun berlainan ideologi politik. Amat malang sekali dengan perkembangan politik melayu yang berlaku sejak tahun 1998 tatkala anwar ibrahim mula melancarkan reformasi, pelbagai budaya luar yang negatif sudah mulai merasuk dan menguasai pemikiran orang melayu sehinggakan melayu sudah hilang jatidiri.
Tidakkah Melayu itu orangnya penyabar, diplomasi, setia, lembut berbicara, sopan santun, rendah diri dan sentiasa bersyukur?
Friday, February 20, 2009
Subscribe to:
Comments (Atom)