Monday, November 3, 2008

Sampah oh sampah ...

Sisa Pepejal @ Sampah-sarap
Rakyat Malaysia tidak dapat menerima penggunaan insinerator disebabkan oleh informasi negatif yang disebarkan oleh pihak tertentu yang mungkin benar dan mungkin salah. Malangnya kajian lanjut terhadap kesan-kesan penggunaan insinerator tidak pula dilaksanakan secara terperinci. Oleh itu ramai pihak membuat keputusan berdasarkan andaian semata-mata.
Selain insinerator, terdapat beberapa kaedah lain yang boleh digunapakai bila kita berhadapan dengan sampah. Yang penting kita perlu berusaha menjimatkan sumber alam agar tidak semua bahan buangan dilupuskan. Ciri-ciri sampah di Malaysia yang terdiri daripada 45% sisa organik dan peratusan selebihnya masih boleh digunasemula dan ini membantu kita menjimatkan sumber.
Yang penting sekarang DS Najib, selaku pengerusi jawatankuasa kabinet mengenai alam sekitar perlu bertindak segera menerusi KPKT untuk mengatasi masalah yang semakin kritikal kini. Jawatan presiden sudah diperolehi, jadi lupakan politik dan tumpukan kepada penyelesaian masalah yang tidak diambil endah oleh "orang" sebelum ini.
Rakyat Malaysia juga harus menukar sikap kerana sampah bukan semata-mata tanggung jawab kerajaan. Kita sepatutnya bersama-sama membantu menanganinya kerana kita hidup di atas bumi yang sama.
Cara terbaik adalah asingkan sampah di rumah kepada 2 beg; 1 untuk sisa makanan dan 1 lagi untuk lain-lain. Itu sudah memadai.
Seperkara lagi buanglah tabiat pengotor seperti:
1. Buang puntung rokok,tisu dsb keluar kenderaan sesuka hati,
2. Buang sampah ke dalam longkang atau sungai (punca banjir kilat),
3. Kencing merata-rata (saya pernah tengok ada mak bapak yang biar anak kencing dalam sinki basuh tangan di KFC),
4. Peniaga pasar malam dan pasar basah yang gemar buang segalanya selepas selesai berniaga.

Friday, September 5, 2008

What Can I Do ?

I joined UMNO in 1997 as a member. From 1997 until now, only once i attended a cawangan meeting. I didn't even know who leads the cawangan from then till now. But during GE, i always vote for BN except in 2008.
I believe there are so many members of UMNO alike. They only registered once and later on chose to forget about it. Like me, we just wanted to be followers not leaders. We just want to see, hear but will never speak.
Recently UMNO wanted to do a clean up on their member list. I wonder how are they going to do it. If they are checking thru the opposition parties list, that will not be accurate. Those members alike will not take the hassle to write resignation letters. The best possible way is to contact the member individually. These will determine whether they would like to continue to be a member or not.
The question is does UMNO have the guts to do it? The numbers could be surprising and an embarassment to declare.
For me, i know what i should do .... because all the while i have nothing to loose.

Media Truth

"Hold strongly to the principle of truth as the credibility of an institution depends on it" said Dato Seri Abdullah Badawi, the PM.
Media truth and freedom of the press do not exist anywhere in this world. There always be bias in media reporting as long as human being do the reporting.
Media are controlled by their owner/shareholder/stakeholder which always takes side.
Mainstream media usually support the government of the day and the dominant political parties. So it is always expected to see NST or Utusan or The Star or TV3 etc reporting the way they do now.
Same goes to Harakah, Rocket, Siasah, Malaysia Today etc...Will Rocket reports bad things about LKS?Will Siasah call DSAI as a traitor?Will Harakah condemn Hadi about his political fatwa?
Well, that's how it was. Its a matter of setting the agenda and upholding the hegemony.

Sunday, August 31, 2008

Merdekakah Kita

Merdekakah kita jika pendidikan dikomersialkan sedangkan ia sepatutnya tanggungjawab kerajaan.

Merdekakah kita jika pendidikan vernakular masih diamalkan sedangkan ianya memecah-belahkan negara.

Merdekakah kita jika kesihatan dikomersialkan sedangkan ia sepatutnya tanggungjawab kerajaan.

Merdekakah kita jika keselamatan diperdagangkan sedangkan ia sepatutnya tanggungjwab kerajaan.

Merdekakah kita jika kebebasan bersuara dicabuli dengan undang-undang sedangkan ia sepatutnya hak asasi rakyat.

Merdekakah kita jika kebebasan berpolitik diwariskan kepada suku-sakat sedangkan ia sepatutnya hak rakyat.

Merdekakah kita jika jawatan politik digunakan untuk meraih keuntungan sedangkan ianya amanah rakyat.

Merdekakah kita jika kemuliaan parlimen dicemari sikap wakil rakyat sedangkan mereka memikul amanah rakyat.

Merdekakah kita jika kemunculan pimpinan muda disekat sedangkan mereka bakal memimpin masa depan.

Merdekakah kita jika persoalan moral pemimpin diketepikan sedangkan kepimpinan yang bersih datangnya dari hati.

Merdekakah kita jika pangkat menjadi kemegahan sedangkan ia satu penghormatan.

Merdekakah kita jika jawatan dianggap anugerah sedangkan ianya satu amanah.

Merdekakah kita jika pemimpin bersikap sombong sedangkan mereka dipilih oleh rakyat.

Merdekakah kita jika kakitangan awam bersikap sombong sedangkan mereka hamba rakyat.

Merdekakah kita jika ekonomi negara dimonopoli oleh satu kaum sedangkan kaum yang lain masih ketinggalan.

Merdekakah kita jika perjuangan kaum diutamakan sedangkan perjuangan bangsa sepatutnya lebih utama.

Merdekakah kita jika kemiskinan dipolitikkan sedangkan ia menjadi tanggungjawab pemimpin membasminya.

Merdekakah kita jika agama dipolitikkan sedangkan ianya amanah tuhan kepada manusia.

Merdekakah kita jika fatwa dipergunakan ulamak politik untuk mendapat kuasa sedangkan ia cuma menghalalkan cara.

Merdekakah kita jika kehebatan berhujah disamakan dengan kebolehan memimpin negara.

Merdekakah kita jika kebebasan bersuara disamakan dengan kebebasan memfitnah dan
menghina orang lain.

Merdekakah kita jika berdemonstrasi dan merusuh disamakan dengan kebebasan menyuarakan pendapat.

Merdekakah kita jika sanggup mendampingi musuh negara demi mencapai matlamat politik.

Merdekakah kita jika perlu mendapatkan sokongan luar bagi menjayakan agenda politik.

Merdekakah kita jika sanggup memburuk-burukan negara sendiri di mata dunia.

Merdekakah kita jika Islam sekadar agama rasmi bukan sebagai cara hidup.

Merdekakah kita jika Al-Quran dijadikan hiasan bukan sebagai pedoman.

Merdekakah kita jika sunnah nabi diperkecilkan bukan sebagai amalan.

Merdekakah kita jika mencipta kekayaan untuk maksiat bukan ke arah fisabilillah.

Merdekakah kita jika sumber rasuah dianggap sebagai punca pendapatan sedangkan ia barah perosak negara

Merdekakah kita jika kemudahan awam diabaikan sedangkan ianya wang cukai rakyat

Merdekakah kita jika para pensyarah membazirkan geran sedangkan ia sepatutnya memberi faedah kepada rakyat.

Merdekakah kita jika permit lori diperdagangkan sedangkan ia sepatutnya untuk memajukan negara.

Merdekakah kita jika subsidi minyak masih diselewengkan sedangkan sepatutnya digunakan untuk meringankan beban industri.

Merdekakah kita jika kontrak pembekalan dan perkhidmatan bumiputera dialibabakan sedangkan sepatutnya untuk memajukan bangsa.

Merdekakah kita jika GLC utiliti membuat keuntungan sedangkan tanggungjawab sosiallah sepatut diutamakan.

Merdekakah kita jika judi menjadi hobi sedangkan ianya perosak masyarakat.

Merdekakah kita jika arak menjadi sajian harian sedangkan ianya perosak masyarakat.

Merdekakah kita jika zina sebagai aktiviti sosial sedangkan ianya penyakit sosial.

Merdekakah kita jika penjenayah diagung-agungkan sedangkan mangsa dipersalahkan.

Merdekakah kita jika bergantung kepada negara asing untuk mendapatkan bekalan makanan.

SELAMAT MENYAMBUT ULANG TAHUN KEMERDEKAAN KE-51, SEMOGA KITA MAMPU MEMERDEKAKAN MINDA.

00:10
31/08/2008

Thursday, August 7, 2008

NEP: Why make fuss of it?

Based on a true story.

Once upon a time, 3 good friends decides to open a business. Ali, Ah Chong and Muthu set up a transport company. They fork up equal shares each, no more, no less. At first, their business only concentrate on private sector. So Ah Chong takes care of finance & admin, Muthu takes care of operations while Ali takes care of marketing.

Their business turned out ok and they are thinking for an expension.They decided to venture into government sector. So, they formed a new subsidiary company fronting Ali as a majority share holder in order to obtain a bumi status company registered with MOF.
Each of them still carry on their duties as agreed way back.

Through the years, Ah Chong and Muthu became richer and richer without Ali realising it. Do you know why?

Ah Chong takes care of finance and admin. He always decide on how the business runs. He purchase office equipment & stationaries from his relative, “Wah Liao Office Supply”. He bought the lubricant, tyres, batteries for their trucks from “Tan Poh Parts & Services”, he tailored the workers uniform at “Lee Tailor”, tax service from “Weng & Co”, account audited by “Lim Management”, Banking at “OCBC”, bought new trucks from “Ong Automobile”, built the trucks body at “Chan Engineering”. Buy motor vehicle insurance from “Chin Insurance Services” . In other words he controlled everything and kaotim accordingly.

Muthu on the other hand, always buy used / 2nd hand parts from “Vellu Keling Botoi”, gets towing from “Samy Towing services”, repairworks done by “Subramaniam Workshop”, office cleaning & sewerage services from “Shri Cleaning Service”, sold scrap at “Manickam Scrap yard”, and the list goes on. And most important, he benefited from it.

While Ali, still work and get paid as a working director. He could never recommend any friends to do business with because everything was taken care by his two partners. Sometimes he thought of bringing the matters up during the board meeting but always hesitated when thinking of the friendship they had built.

Each time Ali manage to secure tenders, his partners will jump joyfully. So does their cronies. Ali is a proud man carrying an executive director title. Yet, he is no richer than his partners.

He never felt used or cheated, eventhough his partners was laughing to the bank.

Now, who do you think benefit the most from NEP? Pls, keep you eyes and ears open wide and THINK !

Thursday, June 19, 2008

Apakah Perbezaan Antara Tun Dr Mahathir & DS Abdullah Ahmad Badawi

I've got a very interesting email in my mailbox....

From: Mohd Harris Jaal harris_cosmo@ yahoo.com
Date: Sun, 8 Jun 2008 18:06:40 -0700 (PDT)
Subject: Perbezaan Mahathir dengan AbdullahSelepas dua tahun mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mula mengkririk kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dari pelbagai aspek. Kritikan tajam Mahathir mencetuskan pelbagai reaksi.

1. Semasa Jadi TPM

Mahathir
Sudah merancang apa yang akan dilakukannya apabila menjadi Perdana Menteri nanti. Ideanya banyak tetapi tidak dilakukannya semasa menjadi TPM, sebagai menghormati bosnya.

Abdullah
Disebabkan terlalu berhati-hati setelah melihat kegagalan Musa, Ghafar dan Anwar ketika mereka menjadi TPM, Pak Lah menjadi begitu low profile sehingga tidak ada apa-apa idea langsung dan menimbulkan keraguan ramai mengenai keupayaannya mengambilalih pucuk pimpinan nanti.

2. Sejurus Selepas Jadi PM

Mahathir
Terus melaksanakan idea-ideanya yang tersimpan lama itu, seperti menyeragamkan waktu bagi seluruh Malaysia, memperkenalkan kad perakam waktu, Malaysia Incorporated, Dasar Pandang Ke Timur, Kepimpinan Melalui Teladan dan sebagainya.

Abdullah
Disebabkan ketiadaan idea semasa menjadi TPM lagi maka Pak Lah tidak dapat melaksanakan apa-apa lagi, yang ada hanya slogan-slogan retorik seperti Cemerlang, Gemilang, Terbilang yang mencetuskan tafsiran-tafsiran rambang dan umum.

3. Pembangunan Islam

Mahathir
Di awal penerajuannya, Mahathir memperkenalkan 'Penerapan Nilai-Nilai Islam' yang disambut baik tanpa bangkangan dan kontroversi. Dia tidak cuba menampilkan dirinya sebagai seorang Islam waraq atau berpura-pura dengan menjadi Imam atau membaca doa. Baginya dia adalah seorang fundalmentalist. Namun Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa adalah merupakan cetusan ideanya yang kemudiannya diakui Anwar sebagai idea-ideanya sendiri.

Abdullah
Pak Lah tiba-tiba berani memperkenalkan Islam Hadhari' yang amat kontroversi dan itupun datang dari penasihat agamanya. Tidak cukup dengan itu, Pak Lah sering menjadi imam sembahyang berjemaah yang gambarnya dipamerkan di muka depan akhbar-akhbar utama. Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat. (Jangan lupa Anwar juga sering menjadi imam sembahyang apabila baru-baru berpindah kementerian dan menjadi TPM!).
Potretnya yang sedang mengaminkan doa juga menghiasi dinding-dinding pejabat.

4. Menghadapi Aduan

Mahathir
Mahathir biasannya mendengar aduan dari orang-orang politik atau perniagaan yang menemuinya dengan tenang dan tanpa sebarang emosi atau komen. Biasanya juga dia akan minta bukti yang lebih lengkap. Tidak berapa lama lepas itu, pengadu dapat tahu isu atau aduan berkenaan telah diberi perhatian dan tindakan diambil oleh pihak berkenaan.

Abdullah
Pak Lah akan mendengar aduan seseorang dengan penuh teruja dan merangsang si pengadu. Beliau sering memberi komen, 'Macam mana boleh jadi macam ni? Mengapa tak bagi tau Pak Lah lebih awal? Ini kita tak boleh biar' dan sebagainya. Si pengadu seronok dan merasai masalah berkenaan telah separuh selesai. Namun bila ia pulang isu tersebut jadi terperap dan tidak ada sebarang tindakan yang diambil Pak Lah. Dia hanya melaku satu political public relations. Itu sahaja.

5. Menghadapi Cadangan Perniagaan

Mahathir
Meneliti cadangan atau proposal perniagaan. Dia akan menggariskan segala fakta-fakta penting dan menandakan mukasurat?mukasurat yang berkaitan.
Dalam masa paling lewatnya seminggu kertas cadangan tersebut akan turun ke Unit Perancang Ekonomi (EPU) di JPM. Sekiranya EPU mengatakan 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' ,
Mahathir mengarahkan EPU untuk 'cari wang'. Dengan itu pegawai-pegawai di EPU akan bergegas membuat perkiraan dan congak bagi mempastikan wang diperolehi dari pelbagai saluran kewangan kerajaan. Mahathir mahu cadangan itu dilaksanakan bagi menjana kegiatan ekonomi seperti yang lazim dilakukannya.

Abdullah
Ramai yang tidak tahu apa Pak Lah buat dengan cadangan-cadangan yang dihantar kepadanya. Kalaupun diturunkannya kepada EPU dan EPU jawab 'Cadangan ini baik, tetapi kerajaan tidak mempunyai wang untuk melaksanakannya' . Pak Lah akan jawab balik, 'Tak ada wang tak payah buat'.
Maka cadangan berkenaan akan mati terus di situ. Pegawai EPU tidak perlu lagi pening kepala untuk usaha mencari wang kerana PM mereka juga tidak mahu pening-pening kepala. Keputusan untuk tidak payah buat ini akan bertuah jika dibuat dalam masa sebulan atau dua bulan. Tetapi apa yang berlaku ialah ia mengambil masa berbulan-bulan malah dalam banyak keadaan kertas cadangan itu entah hilang kemana, bak kata pepatah Inggeris, Gone with the wind.

6. Pengurusan Waktu

Mahathir
Mahathir dikenali sebagai seorang yang dispilin dengan waktu. Beliau selalu tiba di pejabatnya selewat-lewatnya 7.45 pagi setiap hari. Dia tak pernah lewat menghadiri mesyuarat yang dipengerusinya. Kalau dia terlewat 10 minit pun dia akan memohon maaf. Tetamu-tetamu yang buat temujanji dengannya tidak perlu menunggu berjam-jam. Kalau janji lima belas minit, lima belas minitlah masa yang dibenarkan bertemu dengannya. Maka tetamu-tetamu kemudian tidak perlu duduk berlegar-legar di bilik tetamu atau berlepak di bilik setiausaha-setiausa hanya sementara menunggu giliran.

Abdullah
Pak Lah pula terkenal sebagai seorang yang amat tidak tahu mengurus waktunya dan amat berlawanan dengan Tun dalam hal ini. Lewat sejam atau dua jam dalam mempengerusi mesyuarat kabinet dan post kabinet bukan lagi perkara luar biasa, malah menjadi bahan rungutan dan ketawa ahli kabinet dan pegawai-pegawai kerajaan. Bukan juga luar biasa bagi orang-orang yang membuat temu janji dengannya menunggu sampai 5 hingga 6 jam di pejabatnya!
Masalah ini memberi kesan besar kepada pegawai-pegawai kanan yang mahu berjumpa Pak Lah untuk mendapat keputusannya. Disebabkan kadangkala mereka tidak dapat bertemu dengannya maka mereka terpaksa berbaris menunggunya di mesyuarat post kabinet untuk mendapat keputusan dan tandatangan beliau.
Fikirlah apa jenis keputusan yang beliau buat apabila beliau tidak sempat membaca dan meneliti kertas-kertas yang duhulurkan kepadanya secara tergesa-gesa itu.

7. Memenuhi Jemputan Majlis

Mahathir
Apabila menerima sebarang jemputan rasmi atau peribadi, Mahathir akan segera jawab boleh atau tidak boleh hadir. Kalau dia kata boleh, maka dia tetap akan hadir sebagai menunaikan janjinya. Kalau tak boleh, maka awal-awal lagi dimaklumkan pejabatnya bagi menyenangkan penganjur mencari ganti.

Abdullah
Pak Lah sebaliknya, apabila menerima jemputan akan lambat memberi jawapan sehingga menyusahkan pihak penganjur dari segi mencetak buku program, menyusun peraturan protokol dan sebagainya. Dan apabila memaklumkan tidak boleh hadir di saat-saat akhir, penganjur majlis macam nak gila kena cari penggantinya.
Dalam pada itu bukan sekali dua Pak Lah janji untuk hadir, tiba-tiba di saat-saat akhir tidak boleh dan meminta wakil dari kalangan menteri-menterinya hadir. Bayangkan persiapan yang telah dirancang berbulan-bulan bagi meraikan seorang Perdana Menteri. Harapan penganjur berkecai kerana hampa dengan seorang 'alim' yang memandang ringan dengan janji-janjinya.



8. Membuat Keputusan

Mahathir
Mahathir seperti yang diketahui ramai tegas dalam keputusannya. Sebagai seorang manusia keputusannya mungkin silap, tetapi dia terus juga buat, kerana baginya lebih baik buat keputusan yang silap dari silap kerana tak buat apa-apa keputusan. Namun sebagai seorang doktor, sebelum sebarang keputusan dibuat, beliau akan pastikan segala maklumat atau bukti telah diperolehinya agar keputusan tersebut menjadi sebaik mungkin

Abdullah
Pak Lah nampaknya tidak begitu berani buat keputusan kerana takut silap dan takut tidak popular. Apa-apa keputusan yang mahu dibuatnya dia lebih cenderung untuk mengambil hati pihak-pihak tertentu. Takut buat keputusan dan mengubah-ubah keputusan merupakan satu kelaziman Pak Lah yang diketahui seluruh negara. Contoh klasik ialah keputusan membatalkan projek Jambatan Bengkok. Mula-mula setuju. Malah selepas beberapa jam mengatakan kepada Syarikat Gerbang Perdana, projek ini Pak Lah gerenti akan laksanakan, tiba-tiba diumumkan batal!

9. Menghadapi Wawancara Media

Mahathir
Apabila Mahathir, semasa menjadi PM, diwawancara beliau merupakan favourite penonton. Isi wawancaranya bernas dan penuh maklumat. Seperti kata Inggeris he says what he means and he means what he says. Noktah.

Abdullah
Pak Lah pula bila diwawancara sering menampakkan beliau tidak cukup maklumat dan terpaksa berdolak dalik. Dalam kes ECM Libra mengambilalih Avenue Capital Resource, beliau pernah menjawab Saya tidak tahu, saya tak terlibat. Dalam kes Scomi pula yang melibatkan anaknya, beliau dengan mudah mengatakan Scomi tidak mendapat sebarang projek di dalam negara. Sedangkan ramai yang tahu jenis-jenis projek dalam negara yang diperolehi Scomi. Wawancara terakhir beliau dengan Dato Annuar Zaini boleh dikatakan menimbul lebih banyak persoalan dari jawapan.

10. Campurtangan ahli keluarga dalam pentadbiran dan politik

Mahathir
Walaupun pernah dikatakan Toh Puan Dr Siti Hasmah mempengaruhi keputusan-keputusan Mahathir, hal ini tidak ketara dan kalau ada pun dalam urusan-urusan kecil sahaja. Manakala anak menantunya boleh dikatakan tidak langsung ambil tahu mengenai hal-hal pentadbiran negara. Pernah diceritakan apabila anak-anak beliau mahu dicalonkan bertanding mana-mana jawatan parti, tidak kira rendah atau tinggi, Mahathir akan menghalangkannya. Dia tidak mahu mereka terlibat semasa dia memegang jawatan Presiden parti.


Abdullah
Campurtangan ahli keluarga Pak Lah amat jelas. Anak menantunya turut serta dalam urusan Pak Lah membuat keputusan. Walaupun letih Pak Lah menafikannya tidak sesiapa yang percaya kerana apa yang dikatakannya lain dari apa yang dialami mereka yang berkenaan. Penyingkiran Tan Sri Isa Samad dari jawatan parti dan kerajaan, jelas dikatakan hasil manipulasi Khairy.

Penutup

Kesemua di atas adalah sebahagian kecil perbandingan yang diketahui penulis mengenai Mahathir dan Pak Lah dari segi pentadbiran dan kepimpinan mereka berdua. Manakala markah diberi mengikut penilaian bebas oleh sekumpulan pemerhati.

Mahathir menunggu lebih dua tahun selepas persaraannya untuk meluahkan perasaan ketidakpuasan hatinya kerana beliau merasai dirinya telah dikhianati, amanatnya tidak diambil hirau oleh penggantinya.

Beliau menunggu dua tahun kerana beliau mahu mengutip sebanyak mungkin bukti. Mahathir tidak akan bercakap kosong. Dari dahulu lagi beliau arah orang cari bukti yang lengkap atas aduan yang mereka buat. Takkanlah beliau sendiri mengkritik kosong tanpa sebarang bukti sekarang ini.

Perbandingan ini bukan bertujuan mahu mencadang diletakkan semula Mahathir ke tempat yang telah diserahkan kepada penggantinya itu. Hanya pandai-pandailah kita menilai kepimpinan yang ada sekarang ini dan tanyalah diri mampukah kepimpinan ini membawa negara ini ke arah kecemerlangan.

Mohd Harris bin Haji Ahmad Jaal
Lecturer cum Academic Consultant
FTMS College, 24-30, Jalan Hang Kasturi, 50000 Kuala Lumpur

Wednesday, June 18, 2008

Manusia Miskin Kaya ...ikut CC ??

Apa bezanya kita sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa saban hari membayar berbagai-bagai jenis cukai? Celik-celik mata pagi-pagi buta sampailah masa nak pejam mata sama ada sementara atau selamanya masih dengan cukai ..cukai ..cukai !

Bila mana kerajaan menarik balik sebahagian besar daripada subsidi bahan api, kesan inflasi semua orang kena. Tapi kenapa, rebat subsidi dibeza-bezakan ikut "miskin/kaya"? Adakah c.c. semestinya menjadi penentu miskin atau kaya?

Kenapa tidak difikirkan dengan mendalam sesuatu tindakan sebelum ianya dilaksanakan bagi mengelakkan penganiayaan terhadap rakyat yang berhak. Kalau orang EPU yang bertanggung jawab dalam mengkategorikan rakyat ikut c.c., mereka seharusnya dipecat !

Kalau Hindraf mendakwa kaum hindu dipinggirkan oleh kerajaan, maka di sini saya mengatakan pula bahawa golongan pemilik kereta cc besar pula dipinggirkan. Jadi nak kena tubuh badan bertindak barulah gamaknya. Mungkin namanya "BCCRAF = Big CC Car Rights Action Force".

Sekurang-kurangnya bacalah buku "The 7 Habits of Highly Effective People - Stephen Covey" ... No.2 "Begin with the end in mind" Kita perlu memikirkan kesan dan akibat sesuatu tindakan yang akan dilakukan sebelum melaksanakannya.

Somebody is not effective anymore!!!!

Malaysia Hari Ini

Malaysia sejak masuk bulan Mei dan Jun ni memang penuh dengan warna-warni. Ada saja perkara dan insiden yang berlaku yang berjaya mencetuskan ketidaktentuan dan ketidakselesaan kepada rakyat sejak akhir-akhir ini.
1. Mula-mula, cerita beras tak cukup dalam pasaran. Diimportnya sampai 800,000 tan. Tak cukup jugak. Tepung pulak hilang dari pasaran. Ini semua turutan daripada insiden-insiden kehilangan barangan keperluan yang didahului oleh gula dan minyak masak. Senang cerita macam ni lah, kalau kerajaan lembik, opportunis akan ambik kesempatan.
2. Kemudian, kerajaan buat gempak dengan pengharaman jualan bahan bakar kepada kenderaan asing, bertahan la 3 hari, lepas tu kejutan kenaikan harga minyak sampaikan rakyat pun naik minyak. Maunya tidak, PM kata bulan Ogos, tup-tup berkuatkuasa serta-merta. Rakyat jadi panik dan dah tak tentu hala. Dalam masa yang sama, nak kontrol harga barang dan nak dakwa peniaga yang ambil kesempatan, kononnya..... dah tak ketahuan jadinya. Apa depa ni tak belajar ekonomi ka? Macam mana nak kontrol harga barang kalau kos bahan api meningkat.
3. Tak cukup dengan itu, diumumkan pula kenaikan tariff elektrik pada 1 Julai, kononnya tak membebankan. Mana depa tau, tengok la kesannya nanti. Apa pun Khazanah dah mendahului zaman naikkan gaji bos-bos GLC sampai ada yang dapat 100%.
4. Hari ni, gula pulak dok heboh nak naik harga .... tak pa naik la ....
Adat la .... bila dah naik ...pasti ada yang turun ...... bila inflasi naik .... kerajaan yang sedia ada akan "diturunkan" .