Saturday, January 31, 2009

Gaza oh Gaza

Tanggal 1 Muharram 1430, tercatatlah dalam lipatan sejarah bagaimana Israel mula menggempur Gaza. Dalam trajedi kemanusiaan ini, 1300 penduduk Palestin telah syahid dan lebih 5000 lagi cedera.

Israel bertindak kejam dengan menjadikan penempatan awam sebagai sasaran. Misi mereka hanyalah satu, iaitu mendapatkan lagi tanah bumi Palestin dan melaksanakan pembersihan etnik.

Warga dunia hanya mampu melihat kekejaman Yahudi Laknatullah ini tanpa berusaha menghantar bala tentera untuk menyekat mereka. Semuanya ini berlaku disebabkan oleh kelemahan dan ketidakupayaan negara Muslimin menentang rejim Zionist dan konco-konco serta proksi-proksi mereka.

Persoalannya kenapa ada di kalangan kita yang masih menyalahkan Hamas atas apa yang berlaku sedangkan punca sebenar kekejaman dan huru-hara ini bermula sejak penubuhan Israel pada 1948?

Apakah dosanya untuk umat Palestin menentang kezaliman yang diperlakukan ke atas mereka dan apakah salahnya bertindak menentang Yahudi yang sentiasa menyekat dan menekan kehidupan rakyat Palestin?

Tidakkah mereka tahu bahawa semasa gencatan senjata tahun lalu, Israel telah meningkatkan tekanan dan cengkaman ke atas Gaza sehinggakan Hamas terpaksa bertindak balas melancarkan roket Qassam ke arah Israel.

Kenapa ada di kalangan kita begitu buta dan tolol sehinggakan propaganda Israel lebih dipercayai mereka berbanding dengan apa yang sebenarnya berlaku. Ingat ! Israel memang memerintah dunia menerusi proksi dan media utama dunia adalah milik mereka. Janganlah kita mudah terpedaya dengan momokan dan tipu daya mereka. Dan janganlah kita menzalimi sahabat kita sendiri di Palestin dengan meletakkan kesalahan pada bahu mereka.

Puncanya kezaliman yang berlaku tetap bermula dengan Israel dan mereka wajib dihapuskan dari muka bumi ini.

No comments: